Friday 23 January 2015

PETUA UNTUK CEPAT HAMIL

PETUA UNTUK CEPAT HAMIL

Kehamilan adalah satu keinginan bagi setiap pasangan yang baru berkahwin. Ada yang cepat dan ada yang bertahun2 menunggu tapi masih gagal untuk hamil. Tahukah kamu untuk penjagaan makanan juga perlu dijaga bagi persediaan untuk hamil.

Elakkan untuk memakan:

1. FASTFOOD
-McD, KFC, Maggi dan seumpamanya kerana bahan-bahan digunakan kurang diyakini segar
2. JERUK
-makanan yang berasaskan cuka, terlalu masam dan disimpan lama lagi menambahkan kandungan vitamin yang kurang seimbang di dalam badan
3. KAFEIN 
- Kadar pengambilan kafien yang tinggi akan mengurangkan tahap kesuburan.  Kajian mendapati pengambilan sehari segelas minuman berkafein akan mengurangkan setengah tahap kesuburan. Jika anda sedang merancang untuk hamil, pengurangan pengambilan kafein dapat meningkatkan kadar kesuburan.
4. MINUMAN BIKARBONAT/GAS
-kandungan gula dan karbonat boleh mengakibatkan sakit perut
5. MAKANAN PROSES cth nugget dll
-ia bukan tergolong dalam makanan yang segar dan asli kerana telah dicampur dengan pelbagai perisa
6. ALKOHOL
- didapati mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. Pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan
7. PENCUCI INTIM WANITA
-Mungkin ramai yang suka gunakan pencuci intim wanita yang ada di pasaran sekarang. Memang best sebab baunya wangi, cucian pun rasa segar dan bersih. Tapi berhati-hati juga kerana cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan terutamanya cucian yang menggunakan kaedah 'douching'
8. MINUMAN BERAIS
– Orang dulu-dulu memang berpantang dengan ais kerana akan menyebabkan rahim longgar, berangin dan berair. Ini akan menyebabkan proses persenyawaan gagal berlaku

Memang sukar untuk elak makanan seperti di atas, walaubagaimanapun sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Semoga ada hasilnya nanti.

SEMOGA BERMANFAAT!!!



Monday 8 December 2014

Vitamin ibu menyusu

Salam semua... dah baca entri pasal kebaikan penyusuan ibu? Baca sini... kebaikan susu ibu 

Baiklah, pasti ramai ibu2 di luar sana sentiasa mengeluh susu merudum, anak tak kenyang menyusu...dan macam2 lagi masalah kan... sekarang nie banyak produk untuk memperbanyakkan air susu. Terpulang kepada pengguna untuk memilih yang terbaik untuk mereka. Yang penting tidak memudaratkan ibu dan bayi. Kalau saya, saya cadangkan ambil Vitamin ibu menyusu Shaklee...

Harus diingat sebelum mengambil apa2 supplemen anda harus tahu bahawa supplemen hanya membantu selebihnya terpulang kepada usaha anda sendiri...

Set Menyusu Shaklee terdiri daripada :

    √ESP (Energizing Soy Protein) 850 gram
    √Alfalfa Complex Shaklee 330/700 tabs 
    √Vitalea Shaklee 180 tabs

set menyusu shaklee

Mengapa memilih Set Menyusu Shaklee?

ESP
    ○Kandungan protein di dalam ESP Shaklee mampu memberi tenaga segera kepada ibu untuk berjaga malam menyusu dan kecergasan seharian
    ○Dilengkapi dengan zat kalsium untuk kesihatan ibu dan penghasilan susu ibu. Nutrisi dalam kombinasi ini juga dapat menghindarkan rasa stress di kalangan ibu menyusu
   
ALFALFA
○Alfalfa sebagai penggalak penghasilan susu ibu (milk booster) yang kaya dengan asid amino dan kalsium 
   
VITALEA

○Vitalea membekalkan vitamin dan mineral perlu tubuh untuk kesihatan dalaman ibu yang optimum serta dilengkapi iron formula. Pengambilan iron selepas bersalin amat digalakkan oleh ibu yang mempunyai HB rendah semasa mengandung.
   

Konsep salah penyusuan bayi

→   Membiarkan payudara penuh tanpa mengepam keluar susu atau menyusukan anak

Ketahuilah RULE utama ini. Jika anda selalu membiarkan ; 
     ※   Empty breast (Payudara kosong)  = akan meningkatkan penghasilan  dari hari ke sehari susu
      ※  Full breast (payudara penuh) = akan mengurangkan penghasilan susu dari hari ke sehari

Kena paham konsep ada supply adalah demand...

   
        →Ketahuilah, pengambilan supplemen menyediakan tubuh ibu supaya sihat bertenaga dan menghindarkan rasa stress melampau yang boleh mengganggu penghasilan susu.
       → Tanpa aktiviti mengosongkan payudara yang konsisten, penghasilan susu ibu akan semakin hari semakin berkurangan walaupun ibu mengambil supplemen kerana tiadanya rangsangan. Lebih kerap anda ibu mengosongkan payudara bermakna lebih banyak rangsangan diwujudkan
       → Ransangan penting untuk penghasilan hormon penyusuan yang menggalakkan penghasilan susu berterusan
      →  Milk booster membantu menggalakkan penghasilan susu tetapi bukan jaminan kepada penghasilan susu yang banyak setiap masa

Happy breasfeeding...

Dapatkan vitamin penyusuan dari pengedar sah shaklee anda...

Susu Ibu Pilihan Terbaik

Hello mommies2 yang gojes! Kebaikan penyusuan ibu pasti sudah sinonim dengan diri anda bukan? Setiap kali nak mengandung dan buat kad pekara pertama yang akan ditanya oleh jururawat ialah... anak yg sebelum ini meyusu ibu sampai berapa bulan?( ini untuk ibu2 yang dah ada anak btingkek2) hihi... kalau jawapan kurang dr 6bulan jawapan nya...bersedialah dengan alasan anda. Bayi yang baru lahir harus menyusu ibu sekurang2nya sampai 6 bulan. Lebih dr itu lagi bagus... untuk yang pertama kali preggy,ceramah penyusuan akan diberikan...

Baiklah, disini saya ingin sharing sedikit tentang penyusuan ibu... baca ya!

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

☆Susu ibu terutama kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi anak anda dari jangkitan kuman seperti cirit birit, selsema, radang paru2,sakit perut dan lelah.

☆ makanan terbaik mengandungi semua zat makanan untuk bayi membesar

☆ mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak

☆ mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

☆ mengurangkan risiok ibu mendapat barah payu dara dan membantu mengecutkan rahim

BERAPA KERAP PENYUSUAN BAYI?

Sebenarnya tiada had masa untuk menyusukan bayi anda... dimana ada supply disitu ada demand... ini penting bagi mengekalkan penghasilan susu serta mengelakkan bengkak buah dada.

Zaman sekarang nie mudah, ibu2 zaman sekarang dapat menggunakan "breastfeeding pump" untuk simpan susu bayi. Mudah kan...

Untuk memastikan susu ibu mencukupi, susui anak secepat mungkin selepas lahir.

TEKNIK PENYUSUAN

☆pastikan anda selesa (duduk atau baring)

☆pegang bayi rapat, keselurahan badan bayi menghadap anda, perut bertemu perut

☆ sentuh puting anda ke mulut bayi. Bayi akan automatik membuka mulutnya

☆ tunggu sehingga bayi membuka mukutnya luas seperti menguap. Bawa bayi anda ke buah dada. Pastikan bayi masukkan sebahagian besar aerola (bahagian coklat sekeliling puting) ke dalam mulutnya.

☆ dagu bayi menyentuh buah dada

☆ kedengaran irama hisapan ( menghisap, berhenti,menghisap)

pahamkan... :-)

CARA MEMERAH SUSU DENGAN TANGAN

¤ basuh tangan dengan air dan sabun

¤ letakkan ibu jari disebelah atas buah dada berdekatan dengan tepi aerola dan jari yang lain di bawah.

¤ dengan ibu jari tekan ke belakang ke arah dada ,kemudian tekan ibu jari dan jejari serentak.

¤ tekan aerola dari bahagian tepi untuk mengeluarkan susu dari semua bahagian buah dada

**** sekarang ramai ibu2 di luar sana guna breasfeeding pump ...

CARA MENYIMPAN SUSU YANG DIPERAH

Dalam bekas plastik tertutup yang ditanda tarikh perahan. Simpan pada suhu bilik susu boleh disimpan 4-8jam. Dalam ruangan biasa peti sejuk, selama 24-48jam.

CARA MEMBERI SUSU PERAHAN KEPADA ANAK

Rendam bekas susu dalam air panas. Jangan berikan terus pada anak ya...titikan dulu d belakang tangan... kalau rasa  suam2 kuku boleh bagi kepada anak... kang tak pasal2 melecur lidah anak...

SEMOGA ANDA BERJAYA MENYUSU ANAK SEPENUHNYA...


Wednesday 3 December 2014

PROMO DECEMBER 2014

Hohoho!!!

Selamat datang Disember... penghujung bagi tahun 2014. Sudah semestinya ada yang gempak dari Shaklee. Bukan 1 atau 2 promo...malah berdouble2 dalam 1 promo.

Hohoho!!!

1. PROMO VITAMIN C SR

※ BELI 6 PERCUMA 1

Tak larat nak beli 6 percuma 1 takpa...

※ BELI 2 BOTOL VITA C SR DAPAT PULA 5% DISKAUN

tunggu ada lagi....

2. PROMO VITAMIN E

※ BELI 6 BOTOL VITAMIN E PERCUMA 1 BOTOL
***pssst!dapat keahlian percuma tau & layak dapat bonus lg tu

※ BELI 2 BOTOL VITA E DAPAT DISKAUN 5%

nak ke tak nak???

Yang nak gojes , nak cantik... nak baiki kesihatan... jangan lepaskan peluang ini! Rugi tak grab...

Jemput baca kelebihan vita C SR & Vita E

 tentang vitamin c sr 
 tentang vita e 

Hubungi saya

Catherine wynn

Fb profile: kate wynn (catherine wynn)
Fb page: kate online shoppe
Email: catherine_wynn@ymail.com
Wassap/ we chat: 0194836561

Vitamin C Sustained Release Shaklee

Vitamin kegemaran ramai...sebab apa? Kerana banyak manfaat dan khasiat. Saya pun salah seorang penggemar vitamin c. Salah satu fungsi vitamin c yang paling saya suka ialah...bila je rasa nak demam or ter"achoo"- achoo...cepat2 telan vitamin c 2biji... syukur dapat menghalang demam or selsema dari melarat... kalau dulu bila demam or selsema jumpa doktor le jawabnya, itupun mengambil masa beberapa hari untuk betul2 recover...rimas tau! :-) anak2 pun turut terjangkit sama...

Ok mari kita kenali Vitamin C shaklee...

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.

Kenapa kita perlukan Vitamin c dalam rutin harian?

√Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
√Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.
√Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
√Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
√Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.

Khasiat Utama

Mencantikkan kulit - Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.

Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Memperbaiki simptom Pendarahan - Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.

Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.

Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Siapa yang memerlukan Vitamin C?

→Perokok - kerana 1 batang rokok boleh melupuskan 50-100mg vitamin C
→Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C dalam badan.
→Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vitamin C dalam badan dengan cepat.
→Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
→Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vitamin C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.

Sebotol Vitamin C SR ada 180biji tablet. Ambil 1-2 biji shari. Boleh bertahan 3-6bulan. Memang berbaloi. Harga pun berpatutan...

Hubungi saya untuk tempahan!

Catherine Wynn
Fb profile: kate wynn (catherine wynn)
Fb page: kate online shoppe
Email: catherine_wynn@ymail.com
Wassap/we chat: 0194836561

Tuesday 2 December 2014

Suamiku Tentera...



“Suamiku tentera.”

Tak pernah terpikir akan bertemu jodoh dengan seorang tentera...dan tak pernah tahu pun apa yg bakal seorang isteri tentera harungi... hihi!

Menjadi isteri tentera memang agak mencabar... so, nak jadi isteri tentera kena sabar & kental ...pendek kata mental kena kuat...Ini kerana, tidak boleh tidak, berjauhan samada seketika atau jangkamasa yang lama adalah perkara yang mesti berlaku dalam rumahtangga seorang tentera. Bersedialah untuk suami dihantar ke negeri lain untuk bertugas berbulan-bulan, ada yang dihantar berkursus berminggu-minggu, pergi latihan di dalam hutan, latihan kawad,belum lagi yang pergi operasi berbulan2... kadang2 bila balik rumah anak2 takut sebab ayah balik kulit hitam legam hahaha!!! Well, alah bisa tegal biasa...

Apa yang boleh kamu lakukan apabila menjadi isteri tentera?

1) Jangan tinggal berjauhan (kalau boleh)
Pernah dengar pepatah " tempat seorang isteri adalah disisi suami"... hihi! Saya sendiri terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja sebab taknak berjauhan dengan suami. Nasib baik ada rumah keluarga di dalam kem so x perlu menyewa... lainlah bagi isteri yang bekerja tetap dan tidak dapat berpindah mengikut suami! Apa nak buat kan...

2) Sentiasa bersedia untuk berjauhan serta berhadapan sebarang kemungkinan...

Suka ataupun tidak, berjauhan akan sentiasa berada dalam kamus hidup kamu. Dalam sebulan tu boleh dikira berapa hari suami berada d rumah. Maka haruslah bersedia, terutama dari segi emosi apabila suami kamu dihantar bertugas di luar kawasan. Fahami tugas suami kamu dan berilah sokongan kepadanya. Teringat bila suami ditugaskan ke Lahad Datu, hanya Tuhan yg tahu apa yg kami rasa bila suami menghantar pesanan ringkas (SMS) sedang berlaku tembakan. Betapa berdebar2 hati menunggu siang menjelma ... menunggu perkhabaran suami!!!

3) Kuat fizikal dan mental

Yup...fizikal dan mental perlu kuat. Encik suami akan sentiasa tiada di rumah... so sebagai isteri tanggungjawab itu memang besar. Beruntung sekiranya kamu ada lesen memandu sendiri, so boleh ambil alih tugas suami dengan baik. Hantar serta ambil anak2 dari sekolah, beli barang keperluan, bayar bil2 tertentu... inilah pengorbanan sebagai isteri.

4) Menyertai Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT)

Apa itu BAKAT?

Kaum wanita memainkan peranan penting untuk sama-sama berganding bahu dengan kaum lelaki. Bak kata Melayu “Pemuda Harapan Bangsa, pemudi Tiang Negara”.Dorongan inilah yang telah melahirkan pertubuhan-pertubuhan wanita di merata dunia. Setiap pertubuhan mempunyai objektif yang sama iaitu untuk kepentingan ahli-ahli dan seluruh masyarakat. Menyedari hakikat inilah, Kelab Keluarga ditubuhkan oleh isteri-isteri anggota tentera kita di unit-unit dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebagai Badan Kebajikan yang dikendalikan oleh isteri-isteri, BAKAT Darat mampu mendokong dan meyakinkan setiap peranan yang dimainkannya sebagai nadi penggerak disamping memberi perangsang terhadap perjuangan para suami. Selain itu, BAKAT Darat adalah sebagai saluran maklumat, sumber pengetahuan, pendidikan serta pembelajaran kepada ahli-ahlinya dimana dengan adanya daya penggerak tadi, BAKAT Darat dapat sama-sama mencapai maksud memerangi musuh tanpa menggunakan senjata. Perpaduan dan kerjasama erat di antara ahli-ahlinya berjaya meletakkan BAKAT Darat sebagai sebuah persatuan wanita yang disegani dan menjadi contoh kepada lain-lain pertubuhan wanita di negara ini.

Dengan menyertai BAKAT maka dapatlah mengenali satu sama lain. Disamping dapat berkongsi pendapat dan masalah atau kesukaran yang dihadapi semasa ketiadaan suami di rumah.

5)  Bersedia dengan pertanyaan anak-anak

Pertanyaan "mana daddy" adalah persoalan yang sering menyentap jiwa... amatlah penting untuk terangkan kepada anak tugasan ayah mereka. Anak2 saya pun pada mulanya sering bertanya kemana "daddy"... pada mulanya mereka seolah tidak faham...menangis , merengek, ada kalanya sampai demam... lama kelamaan mereka sudah biasa dengan tugasan ayah mereka... oleh itu, bila suami bertugas luar kawasan sentiasa berkomunikasi dan bertanya khabar ... jauh dimata dekat dihati!!!

Kelebihan menjadi isteri tentera:

1. Mendapat pelbagai kemudahan seperti kemudahan perubatan, perumahan dan sebagainya
2. Keistimeweaan anak-anak tentera; seperti kemudahan kenderaan ke sekolah, sekolah pun dalam kem sahaja...
3. Pssst! Isteri askar ada elaun tau...hihi

Ermmm... ada lagi nak tambah??? So, yang diluar sana ...yang tengah mencari jodoh jangan takut berkahwin dengan askar... untuk isteri2 askar anda memang hebat n superb!!! Berbanggalah kamu...

Salam sayang,
Cat Woman ^_^
"Berjuang kami tanpa senjata..."

Monday 10 November 2014

Minum air gula ketika hamil?

Pengalaman minum air gula ketika hamil?

Ini adalah pengalaman pertama saya minum air gula ketika hamil. Anak pertama dan kedua tak pernah pun minum air gula... then tanya nurse kenapa perlu minum air gula sedangkan anak 1 & 2 takda pun minum? Nurse jawab" ia penting atas faktor usia, selain itu kena check kandungan gula dlm darah untuk elak kencing manis semasa hamil"... seram dengar perkataan " kencing manis"... nurse tu tambah lagi " takpa jangan risau, air gula sekarang nie lebih sedap dari yang dulu..." fuhhh lega aku...hihi

Ujian MGTT saya yang pertama pada usia kandungan baru 3bulan... faham2 jelah 1st trimester memang tgh morning sickness. Sebelum turun doa banyak2 mudahan tak muntah...kalau muntah semasa minum tu ,kira kena ambil lagi...huhu!

Mujur saya dapat perisa oren...rasa dia mcm air bikarbonat yang diletak gula 1kg...manis gilerrr...tapi dapat masuk tekak. Mujur tak termuntah...

Oh ya, sebelum minum air gula nurse ambil darah dulu...

Tujuan minum air gula @ MGTT test?

Tujuan MGTT ini adalah untuk mengenalpasti kadar gula / glukosa dalam badan sama ada kurang / lebih yang mungkin mengakibatkan kemudaratan pada ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ibu hamil menghidap kencing manis, gula berlebihan akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta dan ini mengakibatkan saiz bayi yang besar. Ia mungkin menyukarkan proses melahirkan dan mungkin menghadapi komplikasi seperti tulang bahu bayi tersangkut. Elok-elok boleh bersalin secara normal, sudahnya kena ceaserian pula. Baca sini kencing manis semasa hamil

Prosedur biasa sebelum buat MGTT ini adalah :-

1 – Ibu disarankan berpuasa bermula jam 12 tengah malam sehingga esok hari untuk ujian air gula. Kelonggaran diberikan jika ingin meminum air masak sahaja!

2 – Sebelum minum air gula, nurse akan buat ujian darah terlebih dahulu untuk sukat kadar gula dalam badan sebelum ujian.

3 – Tunggu selama 2 jam (tanpa dibenarkan makan / minum).

4 – Berjumpa nurse kembali untuk buat ujian darah semula.

*Keputusan ujian MGTT ini haruslah berada dibawah bacaan 7.8 (bacaan sukatan aku tak pasti lagi sebab kena tunggu next appoinment.mudahan tak tinggi...) bagi menandakan bahawa kandungan gula adalah OK dalam badan.

So, ibu- ibu hamil jangan takut minum air gula...demi kepentingan ibu dan bayi.